The Journey of Dakwah

Perjalanan Menuju Syurga-Nya

Posts I Like

Ku turut jejak kakimu,
Di atas pasir pantai ini,
Hingga tapak kakiku menjadi hitam dan kaku,
Lantaran cinta yang jadikan aku,
batu yang pejalnya tidak dapat dileburkan,
dengan panas mentari.
Atau dibahangan api,
Aku atas nama dirimu,
Kan ku tebus jua cinta itu,
Biar dengan jejarimu yang rakus itu,
mengoyak diriku,
Kan ku relakan dengan darah,
Dan air mata ini akan ku jadikan,
batas pemisahan antara kasih itu,
dan aku yang memburu cinta… 

——————————————————————————————————-

Sajak karangan arwah baba. Satu perkara ada pada baba dan tiada pada saya ialah baba seorang yang puitis. Saya tak mampu hasilkan sajak sebaik baba. Sajak ni baba karang untuk mama. Waktu tu baba terpaksa berpisah dengan mama sat sebab posting di Siong. Sweet kan? Hehe. Rindu plak kat arwah. Tetambah dekat Ramadhan ni. Dah tak dapat dah makan masakan hasil ayaq tangan baba. Huhu. =’(

Ya Ghaffar.. Kau ampunilah dosa babaku dan dosa mamaku..
Ya Rahim.. Kau kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihiku sejak kecil..
Ya Mujib.. Kau jauhkanlah mereka dari api nerakaMu dan tempatkanlah mereka di SyurgaMu..

Aminn ya Rabb~ 

  1. fastabiqulkhairot reblogged this from thejourneyofdakwah
  2. adamantme reblogged this from thejourneyofdakwah
  3. thejourneyofdakwah posted this