
Biaq betui? Takkan voucher pun tarbiah kot? Tapi itulah reality kehidupan kita. Semua yang kita lakukan merupakan tarbiah untuk diri. Disebabkan ana dah pun menceritakan sedikit tentang kisah kesabaran ana yang teruji sewaktu menuntut voucher di library USIM terchenta dalam post Ce Sabaq Sikit!!, so untuk post kali ni, ana akan sentuh sikit tentang tarbiah kehidupan yang tak kenal henti.
Camna boleh kata voucher tu tarbiah ek?
Seperti mana yang kita maklum, kerjaan Malaysia dah lama mengumumkan bajet 2012, dan semestinya semua pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia tertunggu-tunggu masa penyerahan voucher yang dijanjikan oleh kerajaan. Tapi, ada jugak yang mengadu sebab student sekolah rendah dan menengah diberi wang tunai bernilai RM100 seorang sedangkan, pelajar institut pengajian tinggi di beri voucher. Bukan voucher beli-belah, voucher buku pulak tuh. Rungutan demi rungutan dapat didengari. “Ish, awat voucher buku? Kalau dapat duit kan best. Tak aci betui budak-budak sekolah boleh plak dapat duit”. Ada jugak yang cakap, “Kerajaan ni mau kalau potong duit yuran pun bagus dari duk bagi voucher buku”. Tak kurang jugak bagi student yang suka politik lantang bersuara, “Sah-sah ni untuk pancing undi. Maklumlah pilihan raya dah dekat”. Yang paling best, ada jugak yang cakap, “Voucher buku?! Nak buat apa? Rugi. Rugi. Nanti aku nak jual kat orang lain”. Inilah realiti umat manusia, hanya segelintir yang bersyukur. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7,
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”
Dah nampak kat mana tarbiahnya? Allah mendidik kita tak kira masa dan ketika. Kurangkanlah sifat mengeluh dan merungut kerna itu menunjukkan rasa tidak bersyukur atas nikmat yang Allah dah kurniakan. Lazimnya sebagai pelajar IPT yang dikurniakan akal fikiran yang sihat dan waras untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah dengan menyebut, “Alhamdulillah”. Itulah sebaik-baik kalimah yang sepatutnya terucap apabila kerajaan mengumumkan voucher buku bernilai RM200 diberi kepada semua pelajat IPT. Sepertimana yang disebut dalam surah Ad-Dhuha ayat 11 yang bermaksud,
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).”
Maka SYUKUR itulah tarbiah..
Sekian lama menuggu akhirnya pihak universiti dah mengumumkan tarikh pengambilan voucher tersebut pada 16 Januari 2012 sehingga 20 Januari 2012. Aduyaiiii. Minggu exam la pulak. Ana kecilkan skop untuk universiti ana, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Untuk universiti ana, voucher tu boleh diambil di perpustakaan universiti nun jauh di atas bukit bersebelahan canselori. Agak memenatkanlah bagi student yang tiada transport macam ana. Shuttle bus memang tak naik sampai library. Pada hari kejadian, ana bersama rakan-rakan ana berjalanlah di tengah terik mentari memandangkan ana habis exam pagi tu pukul 11. Dari stadium tertutup Nilai dengan library tu memang ‘dekat’ sangatlah. Bila dah sampai library tu berpeluh-peluh jugaklah. Kalau tak ambil, rugi rasanya. Bukan senang nak dapat RM200. Tetambah ana ni memang kaki buku. Ana gagahkanlah jugak berjalan kaki bersama kawan-kawan memandangkan bas ke kampus dah pun berehat. Itulah yang dinamakan ujian. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286,
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya”.
Betapa Allah bersifat dengan sifat Kasih Sayang yang tidak berbelah bagi kepada hambaNya yang beriman. Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya ditunjukkan lagi dalam sambungan ayat tersebut dengan satu doa yang sepatutnya dijadikan doa amalan harian buat kita,
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir”.
Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya yang beriman. Beruntunglah bagi mereka yang diuji kerna setiap ujian dapat mengangkat darjat seorang hamba andai dapat melepasinya dengan jayanya. Firman Allah dalam surah…
(mengangkat darjat apabila diuji)
Berbalik kepada topik utama, ujian-ujian yang kita lalui sepanjang menunggu, mengambil, dan menebus voucher itulah merupakan tarbiah dari Allah dalam diri kita. Begitu halus tarbiah dari Allah. Memberi ujian untuk melatih sejauh mana hati kita redha dengan qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan. Bukankah mempercayai kepada qada’ dan qadar itu adalah sebahagian dari rukun iman? Apakah kita merasa diri kita beriman andai kita masih mengeluh nasib diri dan menyalahkan takdir atas sesuatu yang menimpa kita? Sabda Rasulullah S.A.W,
“Tidak dikira mukmin yang sempurna keimannya orang tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah.” –Hadith riwayat al-Tabrani
Maka UJIAN itulah tarbiah…
bersambung…