Alhamdulillah masih diberi masa oleh Allah untuk terus menulis. Semoga tulisan hamba ini mendapat keredhaanMu ya Allah..

Saat ini, isu HIMPUN masih hangat diperkatakan. Ana rasa, lebih hangat dari sambutan pada Sabtu yang lepas. Alhamdulillah, kesedaran itu tetap hadir sama ada secara sedar atau tidak. Tujuan HIMPUN diadakan semakin terealisasi apabila ramai pihak yang bangun untuk bersuara sama ada menyokong atau membantah. Masing-masing punya hujah untuk menegakkan pandangan mereka mengenai HIMPUN. Ana juga punya hujah dan pandangan. Namun, wajarkah ana bersuara??
Ana hanyalah seorang pelajar, seorang belia, seorang anak, seorang Melayu dan yang paling penting seorang Muslim. Namun itu tak bermakna saat orang memberikan pandangan, ana hanya senyap membaca, mengkritik dan mengutuk di dalam hati disebabkan ana bukanlah sesiapa. Itu bukanlah sewajarnya tindakan yang diambil bagi seorang penuntut ilmu. Disebabkan itu, tulisan ini ditulis bagi menyatakan pandangan ana sebagai seorang pelajar terhadap isu ini.
HIMPUN yang berlangsung pada Sabtu lepas, seperti mana yang kita maklum tidak mendapat sambutan seperti yang dijangka. Pada saat kaki melangkah masuk ke stadium, perasaan kecewa sangat mencengkam diri. Memikirkan sebab mengapa begitu sekali jadinya. Hanya suku atau mungkin kurang dari setengah stadium dipenuhi oleh penyokong-penyokong HIMPUN. Saat itu berfikir, apa isu ini sudah tidak ada kepentingannya lagi bagi rakyat Muslim terutamanya Melayu di Malaysia?
Rasional HIMPUN
Ada yang memperkatakan HIMPUN adalah sesuatu yang tidak rasional diadakan. Apakah ayat tersebut rasional dipertuturkan?? Membandingkan HIMPUN vs BERSIH dan mengatakan ini adalah tidak adil?? Apakah adil untuk mengatakan ini tidak adil??
HIMPUN bukanlah agenda bangsa, jauh sekali agenda politik. HIMPUN adalah agenda agama agenda perlembagaan yang saban hari kian dicabar. Cukuplah Melayu, kita sudah cukup lama bertoleransi. Ini bukan saatnya lagi. Kita sudah tergadai negeri dalam kontrak sosial yang dijanji. Apakah, kita mahu tergadai agama dan jati diri saat kita bertoleransi??
(cuba menenangkan diri dari menulis dalam keadaan beremosi)
Saat kemajuan teknologi Facebook, Google, Twitter dan Youtube masih ada mereka yang masih tercari-cari rasional HIMPUN diadakan. Astaghfirullah. Apakah masih kurang pendedahan di dada akhbar tentang isu umat Islam Malaysia yang semakin hari semakin ramai yang dimurtadkan? Saat kita membincangkan soal agama yang kian terancam, masih ada yang mengatakan ini adalah tidak rasional. “Mana boleh buat HIMPUN, kita masyarakat majmuk. Nanti apa kata orang agama lain? Takut tragedi 13 Mei berulang lagi. HIMPUN tak RASIONAL!!”. Derr.. kita bercakap soal agama la, bukan bangsa. Saat agama kita diancam, kita masih boleh memikirkan tentang orang agama lain. Cukuplah bertoleransi. Kita dah terlalu banyak disuntik pemikiran-pemikran liberal sehinggakan merasakan Islam adalah sama dengan agama lain. Cukuplah, silalah berasa bahawa Islam adalah agama yang paling mulia. Kita sebagai umat Muhammad, diberi keistimewaan untuk terus menjaga dan memelihara agama ini. Bukanlah dengan menyamakan Islam dengan agama-agam lain. Isu agama tidak boleh bertoleransi.
“Isu hukum hudud pun tak selesai-selesai lagi. Ni pulak nak bangkitkan bab akidah. Sepatutnya hukum tu yang lebih perlu diutamakan.” Innalillahiwainna ilahi rajiuun. Hukum tertegak sebab tertegaknya akidah. Dah kalau akidah rosak, tiada yang akan menegakkan hukum. Mungkin mereka perlu diberi lebih pendedahan tentang apa itu akidah. Kasihan. Ya Allah, berikanlah hamba dan mereka petunjuk dariMu.
Andai agama dijadikan penyebab HIMPUN dikatakan tidak rasional diadakan, jom kita selak undang-undang negara. Akta 3 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa Islam adalah agama RASMI persekutuan dan agama lain dibenarkan diamal. Dibaca bersama Akta 11 yang melarang penyebaran agama lain kepada orang Islam. HIMPUN bukan sahaja memperjuangkan akidah umat Islam yang kian terancam, tetapi memperjuangkan isu Undang-undang Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara (sehingga terpaksa menolak undang-undang Allah bagi sesetengah undang-undang). Adakah kita masih mahu membiarkan undang-undang negara terus diceroboh??
Sedarlah wahai Melayu Muslim bahawa undang-undang negara yang selama ini memberi authoriti kepada kita umat Islam telah diceroboh!! Undang-undang yang mengangkat martabat umat Islam khusunya Melayu dibiarkan untuk diceroboh tanpa sebarang tindakan yang diambil. Apakah kita masih mahu berdiam diri?? Atau, masih terus bertoleransi sehingga tiada lagi undang-undang yang melindungi kita baru kita mahu bangun?? Sedarlah Melayu, sedarlah!! Sudahlah undang-undang Islam tidak digunapakai, undang-undang sedia ada yang menjga kedaulatan agama terus dibiarkan diceroboh. Apakah Melayu memang betul-betul melayu sehingga tidak mampu tegak kembali untuk bersuara??
(kecewa)
HIMPUN vs BERSIH
Tiada komen. Namun pikirkanlah mana yang lebih harus didahulukan. Politik atau akidah?? Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukanlah mendapatkan hak yang sama. Harap maklum.
Hakikat HIMPUN
Hakikatnya, HIMPUN membuktikan yang masyarakat kita masih tidur nyenyak dibuai pemikiran dan ideologi barat. HIMPUN tidak mampu menghimpunkan kita semua terutamanya Melayu Muslim untuk bersatu memperjuangkan isu akidah yang sudah semestinya akidah yang satu yakni Islam. HIMPUN menyedarkan kita, yang masyarakat kita lebih suka kepada pergaduhan, perbalahan dan perdebatan yang sia-sia. HIMPUN memberitahu kita masyarakat kita hanya mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan ummah. Dan HIMPUN tidak akan membawa apa-apa erti andai masyarakat kita masih belum sedar dari mimpi ngeri ini.
Ana berharap dengan penuh rasa pengharapan, HIMPUN bukanlah sekadar perhimpunan biasa, tetapi perhimpunan yang memberi kesan dan menjadi titik tolak pada perubahan masyarakat Islam terutamanya Melayu di Malaysia.Wallahu’alam.
Jangan hanya jadi petualang, ayuh! bersama jadi pejuang.
Jangan ditunggu musibah datang, kerana pasti tidak terhalang.
Jauhkan dari ego dan belang, supaya kita dapat berbincang.
Harapan di hati Islam kan menang, Semoga ALLAH permudahkan!
Biarpun kita punyai sejuta wajah, pastikan umat terus punyai satu aqidah..
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dalam memperjuangkan agamaMu.. Perkenankanlah permintaan ku ini ya Allah..