The Journey of Dakwah

This is my journey. He puts me here. It's His plan. So, I just have to carry on and trust Him. Ya Allah, guide me to the straight path.. :)
Posts I Like
Who I Follow
  • Rinn: Ko nak gi mana siap cun2 ni?
  • Ain: Aku ada program HIMPUN kat Stadium Shah Alam. Jom la kalau nak join.
  • Rinn: Ko biar betol? Lusa da nak exam la weyh.
  • Ain: So, what?
  • Rinn: Aii.. Aku tengok ko relaks semacam jer ni. Tak nak ah aku pegi sana. Aku nak studi. Nak bagi dapat 4-flat sem ni. Nanti boleh dapat DL (Dean List).
  • Ain: Baguih2. Program tu 4 jam ja pun. Masuk pi balik lebih kurang baru dalam 6-8 jam. Aku still bleh baca nota-nota ni waktu pi tak pun waktu2 lapang yang ada.
  • Rinn: Ye la2.. Eh, ustaz Bahasa Arab ko ada bagi soalan spot tak? Banyak sangat la nak kena baca.
  • Ain: Hurmmm… Rinn, hang ni sebenaqnya studi sebab setakat nak dapat DL ja ka? Macam tak ikhlas ja belajaq kerna Allah untuk dapat ilmu? Hang penah dengaq dak satu hadith yang mafhum dia, ‘setiap amalan tu bergantung pada niat’? Kalau hang niat nak dapat DL, insya- Allah, Allah akan bagi hang DL. Tapi, hang rasa, nanti pas hang dapat DL tu, hang akan ingat ka semua ilmu yang hang blajaq kalau dah matlamat hang dah tercapai?
  • Rinn: Abis tu ko tak nak dapat DL?
  • Ain: Sapa kata aku tak mau? Bagi aku, ilmu tu yang utama. Kalau dapat DL pun tapi tak ilmu tak dak, nak buat apa? DL tu cuma bonus ja. Kalau Allah nak bagi alhamdulillah. Kalau tak dapat pun tak pa asalkan ilmu penuh di dada.
  • Rinn: Aku pelik la. Kalau dah dapat DL, mesti la pandai. Mesti la ada ilmu. Tak macam tu?
  • Ain: Aku nak tanya, hang dapat A kan dalam subjek syariah dulu? Hang ingat lagi dak apa tu ihtisan dengan contoh-contoh dia?
  • Rinn: Ermm.. Tak. (sambil menggaru kepala yang tidak gatal)
  • Ain: Sebabnya, time tu kita studi sebab SPM. Aku tak mau dah jadi macam dulu. Hamba pada exam. Sampai takut sangat setiap kali nak exam. Bila dah merdeka, terus lupa. Aku penah dengaq satu tazkirah dari ustaz Shams, dia kata, kalau kita belajaq untuk ilmu, insya-Allah kejayaan dalam exam akan menyusul lepas tu. Tapi, kalau kita kita belajaq untuk berjaya dalam exam, agak mustahil ilmu akan menyusul lepas tu. Hang pikiaq2 la. Aku dah lewat ni.
  • Rinn: Eh2, aku nak pegi jugak la. Nanti on the way ke sana, ko ajar aku ea. Aku pun nak ilmu banyak cam ko jugak. Betul jugak cakap ko, tak lama mana pun program tu.
  • Ain: Haa.. Niat tu betulkan. Pi sana sebab nak korek intipati program. Bukan nak korek soalan spot dari aku. Pastu betulkan niat supaya ikhlas blajaq kerana Allah, bukan sebab nak exam.
  • Rinn: Ya. Baiklah ustazah Ain.
  • Ain: Pi la siap cepat, Dah lewat ni.
  • Rinn: Sape suruh bagi tazkirah lama sangat tadi. Hehe. :p