February 2012
4 posts
Feb 9th
56 notes
Feb 8th
3 notes
Feb 4th
72 notes
Feb 4th
32 notes
January 2012
7 posts
Jan 27th
24 notes
Voucher Buku Itu Pun Tarbiyah?
         Biaq betui? Takkan voucher pun tarbiah kot? Tapi itulah reality kehidupan kita. Semua yang kita lakukan merupakan tarbiah untuk diri. Disebabkan ana dah pun menceritakan sedikit tentang kisah kesabaran ana yang teruji sewaktu menuntut voucher di library USIM terchenta dalam post Ce Sabaq Sikit!!, so untuk post kali ni, ana akan sentuh sikit tentang tarbiah kehidupan yang tak kenal...
Jan 25th
1 note
Jan 21st
82 notes
Sabar Itu Indah
Jika langit hendak runtuh, Bagaimana jari hendak menahannya, Kita hamba yang dibatasi takdir, Di situlah noktah segala tadbir. Hitungkan laut kesyukuran, Di pinggir pantai kesabaran, Carilah hikmah tuailah iktibar, Sabarlah dalam bersabar. Betapa pun terasa pahit, Janganlah hendak tercalar tauhid, Sesungguhnya sabar itu indah, Didikan terus daripada Allah. Ujian itu penebus dosa, ...
Jan 20th
6 notes
Jan 19th
121 notes
3 tags
Ce Sabaq Sikit!!
Ai, bunyi tajuk pun dah macam marah. Camna nak sabaq kan? Setelah lama tumblr ni sunyi sepi akhirnya, setelah mendapat inspirasi dari kejadian yang berlaku sepanjang hari ini, ada la jugak satu dua benda yang boleh dikongsi. Baru semalam je siapkan gif tentang sabar. Tengok2 hari ni memang kena balik la kat batang hidung sendri. Huhu. Alkisahnya.. Bermulalah cerita di pagi hari terakhir...
Jan 16th
5 notes
Jan 12th
5 notes
December 2011
3 posts
Dec 15th
3 notes
Dec 14th
45 notes
Dec 1st
265 notes
November 2011
6 posts
2 tags
Nov 28th
85 notes
Nov 24th
27 notes
Nov 21st
14 notes
2 tags
Nov 9th
315 notes
3 tags
Nov 9th
196 notes
2 tags
Nov 5th
20 notes
October 2011
9 posts
1 tag
Oct 27th
13 notes
1 tag
HIMPUN. Wajarkah Aku Bersuara?
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi masa oleh Allah untuk terus menulis. Semoga tulisan hamba ini mendapat keredhaanMu ya Allah..                 Saat ini, isu HIMPUN masih hangat diperkatakan. Ana rasa, lebih hangat dari sambutan pada Sabtu yang lepas. Alhamdulillah, kesedaran itu tetap hadir sama ada secara sedar atau tidak. Tujuan HIMPUN diadakan semakin...
Oct 27th
1 tag
Oct 24th
104 notes
1 tag
Oct 20th
32 notes
1 tag
Oct 20th
201 notes
1 tag
Oct 13th
14 notes
1 tag
Oct 12th
1 tag
Tension Exam?? Jom Relaks2 (part 2)
Rinn: Ko nak gi mana siap cun2 ni?
Ain: Aku ada program HIMPUN kat Stadium Shah Alam. Jom la kalau nak join.
Rinn: Ko biar betol? Lusa da nak exam la weyh.
Ain: So, what?
Rinn: Aii.. Aku tengok ko relaks semacam jer ni. Tak nak ah aku pegi sana. Aku nak studi. Nak bagi dapat 4-flat sem ni. Nanti boleh dapat DL (Dean List).
Ain: Baguih2. Program tu 4 jam ja pun. Masuk pi balik lebih kurang baru dalam 6-8 jam. Aku still bleh baca nota-nota ni waktu pi tak pun waktu2 lapang yang ada.
Rinn: Ye la2.. Eh, ustaz Bahasa Arab ko ada bagi soalan spot tak? Banyak sangat la nak kena baca.
Ain: Hurmmm… Rinn, hang ni sebenaqnya studi sebab setakat nak dapat DL ja ka? Macam tak ikhlas ja belajaq kerna Allah untuk dapat ilmu? Hang penah dengaq dak satu hadith yang mafhum dia, ‘setiap amalan tu bergantung pada niat’? Kalau hang niat nak dapat DL, insya- Allah, Allah akan bagi hang DL. Tapi, hang rasa, nanti pas hang dapat DL tu, hang akan ingat ka semua ilmu yang hang blajaq kalau dah matlamat hang dah tercapai?
Rinn: Abis tu ko tak nak dapat DL?
Ain: Sapa kata aku tak mau? Bagi aku, ilmu tu yang utama. Kalau dapat DL pun tapi tak ilmu tak dak, nak buat apa? DL tu cuma bonus ja. Kalau Allah nak bagi alhamdulillah. Kalau tak dapat pun tak pa asalkan ilmu penuh di dada.
Rinn: Aku pelik la. Kalau dah dapat DL, mesti la pandai. Mesti la ada ilmu. Tak macam tu?
Ain: Aku nak tanya, hang dapat A kan dalam subjek syariah dulu? Hang ingat lagi dak apa tu ihtisan dengan contoh-contoh dia?
Rinn: Ermm.. Tak. (sambil menggaru kepala yang tidak gatal)
Ain: Sebabnya, time tu kita studi sebab SPM. Aku tak mau dah jadi macam dulu. Hamba pada exam. Sampai takut sangat setiap kali nak exam. Bila dah merdeka, terus lupa. Aku penah dengaq satu tazkirah dari ustaz Shams, dia kata, kalau kita belajaq untuk ilmu, insya-Allah kejayaan dalam exam akan menyusul lepas tu. Tapi, kalau kita kita belajaq untuk berjaya dalam exam, agak mustahil ilmu akan menyusul lepas tu. Hang pikiaq2 la. Aku dah lewat ni.
Rinn: Eh2, aku nak pegi jugak la. Nanti on the way ke sana, ko ajar aku ea. Aku pun nak ilmu banyak cam ko jugak. Betul jugak cakap ko, tak lama mana pun program tu.
Ain: Haa.. Niat tu betulkan. Pi sana sebab nak korek intipati program. Bukan nak korek soalan spot dari aku. Pastu betulkan niat supaya ikhlas blajaq kerana Allah, bukan sebab nak exam.
Rinn: Ya. Baiklah ustazah Ain.
Ain: Pi la siap cepat, Dah lewat ni.
Rinn: Sape suruh bagi tazkirah lama sangat tadi. Hehe. :p
Oct 12th
13 notes
1 tag
Oct 12th
3 notes
September 2011
6 posts
Tension Exam?? Jom Relaks2 (part 1)
Rinn : Weyh Ain, kenapa aku tengok ko relax semacam ja? Exam dah dekat kot.
Ain : Kalau nak exam esok pun aku tak kesah.
Rinn : Ko ni biar betul?? Tension plak aku tengok ko duk relaks baca quran tak henti-henti.
Ain : Dulu time aku kalut dengan buku, hang relaks ja duk tengok crita korea la, dengaq lagu la, main fesbuk la. Haa, la ni dah dekat nak exam sangat2 dah baru kalut nak baca buku, nak hantaq assignment. Tak kan haru tu.
Rinn : Dia mula dah. Dia mula dah. (sambil beredar)
Ain : Ni, hang dengaq sini. Exam tak lama lagi ni baru ujian dunia yang memang dari awai lagi kita dah tau bila dan tau apa yang akan disoal sebab dah ada dalam syllabus. Tu pun kadang-kadang kita still lalai dan terlupa. Suka bertangguh dan lewatkan bersedia. Cuba hang pikiaq, kita tak tau bila Allah nak tarik nyawa kita. Time tu sempat ka kita nak prepare last minit macam ni? Hang rasa kita mampu ka jawab soalan2 kat dalam kuboq nanti kalau dah kita tak wat persiapan? Dengan amalan yang kadang2 on off ni, agaknya ntah gred apa kita akan dapat kat akhirat nanti?
Rinn : . . . . . .(mood: insaf)
Sep 29th
2 notes
Sep 22nd
477 notes
1 tag
Semangat Semester Baru??
       Alhamdulillah, mulai hari Isnin ini akan bermulalah kembali kehidupanku sebagai seorang mahasiswi tahun dua Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Universiti Sains Islam Malaysia. Semua rakan-rakan bercakap mengenai dengan semangat untuk semester baru. Ingatlah, Memiliki IMPIAN sahaja belum cukup. Seharusnya kita memiliki komitmen untuk merasa HARUS dan berTEKAD mencapai impian tersebut.  ...
Sep 9th
“Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan,...”
– Imam As-Syafi’e
Sep 7th
Ya Latiff, Ya Latiff, Ya Latiff
Ya Allah, lembutlah hatiku..
Sep 7th
12 notes
1 tag
Sep 5th
59 notes
August 2011
11 posts
1 tag
Aug 28th
14 notes
1 tag
Aug 27th
184 notes
1 tag
Aug 27th
12 notes
1 tag
Aug 17th
26 notes
1 tag
Ayahanda Dalam Ingatan
Coretan tentang kisah bersama ayahanda tercinta sempena Ramadhan yang menjelang tiba..         Sudah semestinya Ramdhan merupakan bulan yang dinantikan oleh setiap ummat Islam di seluruh dunia. Bulan dimana pahala akan dilipat gandakan, bulan rahmat dan keampunaan dari Sang Pencipta(Allah). Begitu juga dengan diriku. Terlalu mencintai Ramadhan kerana di sinilah madrasah terbaik untuk...
Aug 17th
1 tag
Aug 16th
37 notes
1 tag
Aug 13th
1 tag
Hang Posa Dak?
Sewaktu Rinn sedang berjalan-jalan di bazaar ramadhan berdekatan dengan rumahnya, dia terjumpa dengan sahabat lamanya Shams.
Rinn: Weyh Shams, ko wat ape kat sini?
Shams: Nak jumpa ang la.
Rinn: Ko biar betol? Serius nak jumpa aku?
Shams: Ish hang ni, dah mai bazaar ramadhan, mesti la nak cari makanan untuk bukak posa. Awatnya?
Rinn: Hehe. Saje la tegor-tegor member.
Shams: Hurrmm. Hang ni posa ka dak?
Rinn: Aku puase tau. Ape hal ko tengok aku semacam je?
Shams: Sapa suruh hang posa? (sambil menundukkan wajahnya dan memaling ke tempat lain)
Rinn: Ape punye soalan la ko ni. Dah Allah suruh puase, aku puase la.
Shams: Owhh. Dah tu Allah tak suruh kita tutup aurat ka?
Rinn: Urmm. Gulp! (Memandang baju lengan pendek yang dipakai) K la, Ain dah panggil aku tuh. Aku balik dulu. (Sambil menahan malu)
Aug 10th
13 notes
1 tag
Aug 9th
1 tag
Aug 7th
26 notes
1 tag
Aug 2nd
3 notes
July 2011
13 posts
1 tag
Jul 27th
23 notes
2 tags
Eh, itu pun ada dalam Al-Quran?
Dalam perjalanan pulang dari mendengar ceramah di masjid yang berhampiran, Din mengambil kesempatan untuk mengenakan kawan baiknya, Shams.
Din: Weyh, Shams. (tersengih-sengih)
Shams: Hang ni duk weyh-weyh tak leh ka panggil aku elok-elok?
Din: Baiklah ustaz Shams.
Shams: Haa.. Kan sedap sikit telinga aku dengaq. Awatnya? Duk tersengih-sengih dari tadi. Nak pinjam keta aku lagi la tuh. Tak cukup lagi ka yang hang bagi jahanam ritu?
Din: Amboi Shams, berapi hang perli. Aku bukan nak pinjam keta la. Aku nak tanya hang something pasai ceramah tadi.
Shams: Apa dia?
Din: Tadi ustaz tu cakap semua benda ada dalam Al-Quran. Dari sekecik-kecik benda sampai sebesaq-besaq benda. Betui ka?
Shams: Dah ustaz cakap gitu, betui la. Hang tak percaya ka?
Din: Tu aku nak tanya hang ni. Kalau betui la, cara buat kasut pun ada dalam Al-Quran?
Shams: Ada. Esok hang cuti kan? Ikut aku. Aku tunjuk kat hang.
Din: Kata ada dalam Al-Quran. Tengok Quran ja la. Kat rumah tu kan ada Quran.
Shams: Kalau hang nak tau hang ikut aku. Tak yah duk cakap banyak. Aku akan buktikan yang ustaz tu cakap betui
Keesokkan harinya...
Shams: Ok, dah sampai. Hang ikut ja dan tengok. Tak yah duk cakap banyak.
Din: Ni kedai capal. Awat kat sini? Aku cuma mintak dalil Quran ja.
Shams: Aku nak tunjuk la ni (sambil menunjukkan al-Quran terjemahan pada Din). Apa kata hang senyap sat.
Din: Ok.
Shams: (menyoal pada seorang pekerja di situ) Pak cik, tolong habaq sat kat kawan saya ni cara-cara nak buat capal ni. Dia teringin sangat nak tau.
Pak CIk: (menerangkan satu persatu cara pembuatan capal)
Shams: Terima kasih pak cik.
Din: Apa ni Shams.Aku mintak hang bagi dalil Quran. Dah hang tanya orang yang buat, mesti la dia tau cara nak buat.
Shams: Haa.. Tu la jawapan yang Quran bagi untuk soalan hang semalam. Tengok ni (sambil menunjuk terjemahan ayat Al-Quran surah an-Nahl ayat 43), "maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui".
Din: Errr..Tq. Pak cik, saya nak beli capal ni satu. Cantik gak ni. Boleh buat pakai raya. (sambil cover malu).
Jul 27th
5 notes
1 tag
Jul 21st
13 notes
2 tags
Jul 17th
51 notes